sometimes words are not enough

Thursday, 7 May 2015

Derita

Image result for lonely girl



Ku cuba telan walaupun pahit,
Ku cuba bangkit walaupun perit,
Aku sendiri tidak mengerti samada aku atau kau yang buta,
Tidak dapat menilai antara kaca dan permata.

Aku buang segala ego dan benci agar perasaan setia dan cinta sentiasa bersemadi,
Walaupun seringkali airmata yang menemani,
Tatkala hati remuk berkecai,
Ku tetap ukirkan senyuman agar aku tabah mengharungi hari hari berikutnya bersama sisa - sisa cinta yang sentiasa tersemat di dalam jiwa,
Terima kasih hati kerana bersabar sehingga ke hari ini.



 photo 6946E1B021B2981DC4FEA0E0FED1BBAE.png

Wednesday, 22 April 2015

Bahagia





Semua ingin bahagia,
Tiada insan yang inginkan derita,

Tetapi kita tidak boleh memiliki kebahagian,
Tanpa merasai sedikit kelukaan.

Di situlah kita akan merasai kemanisan dalam kehidupan.
Betapa indahnya kalau kita dapat bayangkan.


 photo 6946E1B021B2981DC4FEA0E0FED1BBAE.png